Rabu, September 15, 2010

Cerita raya 2010

Raya kali ni adalah aidilfitri yg pertama tanpa abah.

Raya kali ni adalah raya pertama hanya saya, emak dan makcik di malam raya.

Raya kali ni adalah kali pertama saya mengisi kuih muih raya sorang2 sambil dengar takbir raya.

Raya kali ni adalah kali pertama saya merajinkan diri secara gigih berseorangan mengemas rumah.

Ingatkan bila semua adik beradik dah berumahtangga ada la bantuan utk kemas rumah dan masak memasak. Rupa2nya makin teruk. Semua lepas diri. Bini masing2 semua pemalas ya Rabbi. Bagus. Bagusla sangat aku bagi cadangan suruh kahwinkan semua aritu. Sekarang aku jugak yg susah payah tertonggeng2. Semua tahu melantak dan bermegah2 sahaja. Great!

Saya merungut pada emak. Emak cakap sepatah je. “Engkau yg dapat pahala yg lain lantak la nak jadi apa pun”. Memang la. Tapi takut pahala tu tak dapat apa pun sbb dlm hati ni dok menyumpah seranah. Tapi… takpela. Ini rumah saya. Dont ever verangans nak memandai la dlm rumah saya ni. So sendiri mau ingat. Nak berlagak jadi mem tunggu la penampar sulung haku ni hinggap dulu!

Wakakakakakak…

Ok. Next!

Pagi raya saya dah mandi2 wangi2 cun2. Sbb raya kali ni agenda pertama saya nak pegi kubur. Emak kata nak pegi petang. Tapi saya tak nak. Sebelum buat aktiviti raya2 saya tetap nak ke kubur dulu.

Sampai kubur punye ramai manusia. Macam pesta pulak. Saya memula steady je. Laju je melangkah ke kubur abah. Tapi bila sampai je kubur abah terus menangis tak hingat. Padahal dah sehabis baik kumpul kekuatan jangan nangis. Gagal! Orang lain yg kat sebelah pun bila tengok saya menangis tak boleh berhenti pun join menangis jugak. Sedihlah. Baca yasin pun teresak2. Bebetul tak boleh kawal. Dalam hati saya macam2 dok ngadu dgn abah. Yelah. Tahun lepas pun raya adik beradik  tak de kat rumah gak. Orang lain berkumpul. Ni tak. Seronok sangat hidup memasing agaknya. Maklumlah dah ada family baru kan. Jadi family lama dibuang. Bagus. Camtulah belajar kan? Pandai.

Lepas balik kubur, makan. Tahu pulak makan memasing ye. Mentekedarah tahu je.

Lepas makan saya tidur. Lebih baik tidur. Penat. Kome apa tahu? Melantak je tahu.

Petang tu saya tinggal sorang. Saya suruh emak ajak semua orang pegi beraya. Malas haku nak ikut.

Malam tu baru saya ikut sbb dah bosan.

Esoknya hari raya kedua saya balik kampung emak. Lagi aman. Walaupun drive dlm keadaan penin spec baru yg ntah apa tak betul ni. Kena complaint ni.

Cadanganya hari raya ke 4 dah nak balik ke SA. Tapi malas. Raya ke 5 baru gerak. Pukul 6 petang pulak tu. Bawak slow giler. 60km/j. Percaya tak? Percayalah. Dan ada hikmahnya. Sbb sampai je rumah esoknya tayar depan didapati pancit. Nasib baik tak berhenti tengah jalan. Nasib baik juga tak bawak laju. Kalau laju… ? Nauzubillah.

Emmmmm.. sebenarnya raya ni banyak assignments. Dah tu pulak seperti biasa malas nak buat. Tapi kena buat. Entah bila nak buat pun tak tahu.

Raya saya biasa2 je. Entah bila nak raya seronok luar biasa pun entah.

Raya awak mesti seronok kan?

p/s: Ya. Entry ni penuh emosi. Agaknya haku ni nak datang bulan kot? Entahla…

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Tiada ulasan: