Rabu, September 30, 2009

109. Ke Klang lagi

Kononnya malam tadi nak buat slides utk presentation kan? Cit! Podah! Ke lautan pasifik sudahnya. Saya tak tidur pun. Mata tidak mengantuk mungkin sbb sebelum tu saya dah prepare sebanyak 1.5L teh herbalife yg power itu. Kisahnya saya baca artikel hanya selama 15 minit. Selebihnya menghadap fesbuk je. Memang cam hape je. And yes. Saya tidur masa waktu subuh tahu. Cuba bayangkan berapa lama saya buang masa menghadap internet tanpa tujuan. Heeeesshhh...


Saya rasa kan.. environment bilik saya tak berapa best. Adakah itu bermakna saya patut study di luar? Di library misalnya? Library UM? Aduhh.. malas mahu ke sana. Library SA? Huh! Mana boleh bawak lappy masuk kan? Ke boleh? Entah. Tidak pasti. Saya rasa di rumah byk gangguan la. Gangguan yg saya buat sendiri. Manakan tidak. Sebelah meja study dlm bilik saya, saya letak tv. Di tv siaran astro 24 jam kan. Jadi konon sunyi sangat kalau study tanpa memasang astro sebagai peneman. Tapi sudahnya menonton astro yg lebih. Studynya ke lautan pasifik jugak. Haiyoooo...


Apa kena dgn saya sem ni pun entah. Semuanya malas. Baca buku malas. Buat assignment malas. Baca artikel malas. Mcm mana nak score ni? Isk.


Ok. Cerita lain. Cerita malas study sila cari penyelesaian sendiri. Sekarang mari cerita aktiviti hari ini pula. Cewah! Yo yo auww je.


Hari ini saya dan emak ke Klang lagi. Tujuan adalah utk membeli kain langsir yg tidak cukup dan kain lining utk busana songket. Cewwah lagi! Busana katanya kan. Selesai beli kain saya dan emak singgah makan cendol Pak Akob di Seksyen 16. Org Shah Alam tahu ler tempat ni. Cari karipap yg sedap tapi orang tu kata minggu depan baru buat. Hoh! Lama giler cuti raya karipap ni tau. Lepas hilang haus ke PKNS pula. Booking set emas utk hantaran bakal adik ipar gue. Giler untung ler beliau. Bilakah saya mahu mendapat set emas hantaran pula? Ehek ehekk ehekk..(gelak frust!) Singgah lunch kat D&R. Sedap juga. Makan 2 beranak kena bayar RM14.10. Makan sampai muntah. Mak kata kenapa orang lain makan benda sama pinggan yg sama tak muntah ko plak muntah? Hoho.. tatau. Mungkin perut sudah penuh lemak jadi kapasiti sudah sempitkah?


Lagi mahu cerita apa?


Ok. Esok fikir lagi.


Tata.


:p

Tiada ulasan: