Sabtu, November 14, 2009

136. Betulkan tudung kamu

Ya. Nampak tajuk di atas. Itulah pesanan terakhir abah utk saya, satu-satunya anak perempuan yg dia ada. Emak cerita selepas mendapat 2 orang anak lelaki dari perkahwinan pertama abah sangat-sangat hendakkan anak perempuan apabila berkahwin dengan emak. Emak pula sebaliknya mahu anak lelaki. Dan emak kata pada saya "Abah menang".

Di saat abah terlantar tenat di hospital, abah sempat berkata pada saya "Betulkan tudung kamu".
Apabila saya ke bilik air melihat di cermin memang rambut sejemput di kepala saya terkeluar. Dan seperti kata emak "Dia perhati betul awak tu".

Memang semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini saya mulai rimas memakai tudung. Nanti. Jangan salah faham. Baca lagi. Saya rimas dengan tudung-tudung yg saya pakai sebenarnya. Selama ini saya pakai tudung bawal. Kalau tudung bawal gred 1 lagi saya rimas. Saya rimas sbb ia jarang dan mungkin fabriknya terlalu nipis serta bidang tudung 45 inci itu sememangnya tidak cukup menutupi dada saya.

Mengambil serius pesanan abah tercinta, saya dan emak ke TTDI pagi tadi.

Jeng jeng jeng...

Photobucket
Kunjungan pertama telah membawa balik 3 helai tudung Ameera yg berharga RM80 sehelai. Saiz saya adalah sama dengan emak iaitu saiz L. Design tudung yg lain belum menambat hati saya lagi. Akan datang belum pasti.

Photobucket
Kebetulan hari ini memakai baju kurung berwarna purple. Dan beli sehelai tudung berwarna purple utk emak sbb emak mempunyai koleksi baju kurung purple yg banyak. Sampai rumah posing dulu depan kabinet buku abah yg saya kemas beberapa hari yg lepas.

Amacam? Nampak lebih sopan dan selesa bukan? Cewah!

Yg penting tutup aurat ya buk!

7 ulasan:

eyzzah berkata...

Comel nye pakai tudung munawwarah. Lepas ni beli banyak-banyak eh buat collection.

Eiyra Mokhtar berkata...

akekkeke... insyaallahh...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, berkata...

eiyra tudung macam ni senang..berlari aje boleh sarungkan..

Eiyra Mokhtar berkata...

betul tu kak yati.. akekekeke..

MyTechz berkata...

kan comel pakai tudung camtu...

lily lotus berkata...

cantik tudung tu..tapi harganya mak aii :D

ABD MUN'EM DATO' HJ MAHMAD MUHTAR berkata...

Itulah bukti kasih sayang abah pada anaknya...suruh menutup aurat..dalam fikirannya tidak ada lain..hanya nasihat supaya akur pada perintah Ilahi.